BILA ROSALINDA INGIN BERBICARA

Khamis, 3 April 2014

Ku lalui kehidupan bersama zuriatmu

9 bulan telah berlalu, kau meningalkan kami,,
Aku lalui setiap detik kehidupan tampamu,,
Ketabahan mengajar ku untuk lebih kuat
Apatah lagi menjaga zuriat mu yg masih kecil.

Alhamdullh walaupun dalam keperitan untuk aku laluinya
Masih ada keluarga dan sahabat yg sentiasa bersamaku,
Hari2 yg aku lalui dengan kegigihan dan kekuatan yg kau telah tinggalkan untuk ku,,,,,,,

Anak2 telah mulai mengerti dan faham erti kehilangan seorang ayah
Walaupun ada kerinduan yg amat dalam ,,,
Namun kekuatan dan ketabahan aku membuatkan meraka bergantung semangat untuk lebih mengerti akan kehilangan seorg yg dicintai

Setiap saat aku lalui dengan kegembiraan di hadapan mereka,,
Aku lakukan apa sahaja untuk mengembirakan dan dalam masa yg sama ingatan dan kasih mereka masih pada ayah tercinta...

Berat mata memandang
Berat lagi bahu yg memikul...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan