ROSALINDA DENGAN CATATAN HATI
Seorang sahabat pernah mengatakan pada aku
- meneruskan perjalan hidup seperti air mengalir
- kita merancang allah yang menentukan
- skrip untuk hidup kita telah di tetapkan
- teruskan hidup dengan membawa watak yang telah di beri di atas pentas kehidupan
Aku percaya dengan ketentuan ilahi semua nya telah tertulis setiap manusia telah di beri watak untuk di pentaskan..Ia akan dinilai.
Tapi aku takut, aku tak mampu membawa watak itu kerana dugaan dan rintangan untuk meneruskan skrip yang telah di tetapkan untuk aku itu mungkin agak mencabar kerna keinginan aku lebih dari kemampuan aku yang sebenar.Impian, cita-cita, semangat, ingin mencuba sesuatu yang baru dan harapan aku terlalu tinggi untuk meneruskan watak kehidupan ini.yang makin hari makin mencabar untuk aku lalui hari demi hari.
Patutkah aku meneruskan keinginan ini.
Patutukan aku meneruskan hubungan ini
mampukah aku mengapai impian tampa sokongan orang2 tersayang
mampukah aku menolak arus mendatang
mampukah aku lakonkan setiap watak dalam skrip yang telah di tetapkan.
Memang tiada jawapan setiap persoalan itu kerana aku harus lalui dengan kekuatan Iman dan ketabahan hati dalam setiap babak di hadapan.
HANYA SATU KU POHON PADA ILLAHI
BERIKANLAH AKU KEKUATAN IMAN DAN KETABAHAN............
MELANGKAH ITU MUDAH
NAMUN MENCARI ARAH ITU TERKADANG PAYAH
MENCARI JALAN ITU MUDAH....
NAMUN MEMAHAMI DESTINASI ITU YANG SUSAH
MENYUSURI SUSUR ITU MUDAH
NAMUN MENUJU KENOKTAH ITU PASTI MENDATANGKAN LELAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan