BILA ROSALINDA INGIN BERBICARA

Rabu, 30 Januari 2013

ROSALINDA DENGAN CATATAN HATI

Seorang sahabat pernah mengatakan pada aku
- meneruskan perjalan hidup seperti air mengalir
- kita merancang allah yang menentukan
- skrip untuk hidup kita telah di tetapkan
- teruskan hidup dengan membawa watak yang telah di beri di atas pentas kehidupan
Aku percaya dengan ketentuan ilahi semua nya telah tertulis setiap manusia telah di beri watak untuk di pentaskan..Ia akan dinilai.
Tapi aku takut, aku tak mampu membawa watak itu kerana dugaan dan rintangan untuk meneruskan skrip yang telah di tetapkan untuk aku itu mungkin agak mencabar kerna keinginan aku lebih dari kemampuan aku yang sebenar.Impian, cita-cita, semangat, ingin mencuba sesuatu yang baru dan harapan aku terlalu tinggi untuk meneruskan watak kehidupan ini.yang makin hari makin mencabar untuk aku lalui hari demi hari.

Patutkah aku meneruskan keinginan ini.
Patutukan aku meneruskan hubungan ini
mampukah aku mengapai impian tampa sokongan orang2 tersayang
mampukah aku menolak arus mendatang
mampukah aku lakonkan setiap watak dalam skrip yang telah di tetapkan.

Memang tiada jawapan setiap persoalan itu kerana aku harus lalui dengan kekuatan Iman dan ketabahan hati dalam setiap babak di hadapan.

HANYA SATU KU POHON PADA ILLAHI
BERIKANLAH AKU KEKUATAN IMAN DAN KETABAHAN............

MELANGKAH ITU MUDAH
NAMUN MENCARI ARAH ITU TERKADANG PAYAH
MENCARI JALAN ITU MUDAH....
NAMUN MEMAHAMI DESTINASI ITU YANG SUSAH
MENYUSURI SUSUR ITU MUDAH
NAMUN MENUJU KENOKTAH ITU PASTI MENDATANGKAN LELAH







Khamis, 24 Januari 2013

Luahan rasa

SEKADAR BERKONGSI LUAHAN RASA..AKU ROSALINDA OMAR

sebenarnya aku tak pasti apa yang aku cari dalam hidup ini.kadangkala aku berfikir mampukah aku untuk melakukan semua ini.
Terlalu tinggi impian aku,dengan setiap detik dan masa aku ingin melakukan pelbagai perancangan diri dan kemajuan.Tapi aku takut ,adakah aku mampu meneruskan atau adakah aku terdaya mengapai cita-cita ini.
Setelah lama menunaikan tanggungjawap pada keluarga.Hati ini telah lama memberontak inginkan kemajuan diri.

KERANA INILAH AKU YANG SEBENAR

Aku ingin kehadapan, aku ingin bergerak, aku ingin mencuba sesuatu yang baru, aku juga ingin berbakti.sementara tenaga ini masih mampu dan masih diperlukan.
Aku juga telah bersedia untuk menerima pelbagai rintangan dan dugaan dalam menempuh azam dan cita-citaku.Semoga Allah memberi aku kekuatan untuk menggapai impian aku..
Walaupun aku tahu tidak semudah itu.Kerana terlalu banyak sebenarnya yang perlu aku korbankan..

JIKA SESUATU ITU MILIK KITA
SESULIT APA PUN JALANYA
APA PUN RINTANGANNYA
PASTI AKAN JADI MILIK KITA
KERNA MEMANG UNTUK KITA
TAPI, JIKA SESUATU ITU BUKAN MILIK KITA
WALAU MUDAH JALANNYA
WALAUPUN BERSUSAH PAYAH KITA INGIN MENDAPATKANNYA
TIDAK AKAN PERNAH JADI MILIK KITA KERNA MEMANG BUKAN MILIK KITA




Ahad, 20 Januari 2013

BILA JEMARI INI INGIN MENULIS ,BILA HATI INI INGIN MELUAHKAN

Kehidupan ini bermula apabila ia lahir dari muka bumi ini.sehinggalah keakhir hayat.
kehidupan ini seperti roda ada kala berada di atas ada kala berada di bawah.
bebekalkan semangat dan ketabahan kita harungi kehidupan ini dengan pelbagai rintangan onak berduri.
Adakalanyer makin kita berusaha makin dekat kegagalan menghampiri.Itulah hakikat kehidupan yang perlu kita terima.qada dan qadar telah ditetapkan oleh Nyer.

Aku lalui kehidupan beranjau ini dengan ketabahan..walau pun tidak sekuat mana kemampuan aku untuk harungi. tapi aku yakin aku mampu laluinye kerana aku tahu 'Dia'sentiasa ada menjagaku.di ditiap sudut hidupku.kerana itulah janji Nya.