detik perkenalan aku dan aruah suami tercinta
Bermula dari usikan dan ajakan makan di sebuah restouran makanan segara di bandar seremban
(MARRYBROW)..ketika aku bersama sepupuku..bermulalah pertukaran no fhone di antara kami..
KAMARUL ARIFIN BIN ABDUL MURAD 03-9303597 nama dan no inilah yang tertera di sekeping kad berwarna kuning baru aku terima tampa aku minta.Dan semudah itu juga aku menghulurkan nombor fhone aku...BERMULALAH SEGALANYA,,,,,.....
Semusim pertemuan telah berlalu..bermula dari titik seorang kawan, maka bermulalah segala cerita kau dan dan aku.."ya allah lambatnya 12.00 malam"kerna hampir setiap malam kau menghubungi ku.melalui fhone,berbicara,bercerita,tampa menyedari azan subuh telah berkumandang di masjid2....
Biar pun baru hampir dua bulan persahabatan terjalin antara kita suduh cukup mengenali,aku amat menyenangi sikap dan caramu.Dalam erti sebuah persahabatan kejujuran adalah kunci utama dalam mencari erti kebahagiaan dan kau adalah antara di antaranya.mungkin atas dasar itulah aku diantara gadis sepi merasa sesuatu keistimewaan yang wujud dalam dirimu.
Dari hari itu aku dapat merasakan yang aku telah menemuai lelaki yang aku cari selama ini.Walau pun perkenalan kami yang masih singkat tapi sefahaman dan keserasian dapat aku rasai ..
Sememangnya aku tidak terfikir untuk serius dengannya,,,kerana ketika itu Usia ku baru mencecah 17 tahun, aku masih terlalu mentah untuk mengenali erti sebuah percintaan.
Semenjak 31 ogos 1994 aku mulai merasa sesuatu yang aneh dari hati dan perasaanku.Namun aku pendamkan saja kerana kau tidak mahu bertepuk sebelah tangan.Walaupun hati ku yakin dia ada menyimpan perasaan padaku tapi apakan daya kedua-duanya ego dan melawan perasaan terutama aku.
Sekali lagi tercipta satu lagi tarikh keramat antara aku dan dia..20/9/1994..tepat jam 1.00 pagi terhurai segala egoku dan egonya.
,,,,,,,Nah sekarang aku miliknya ..kami menjalani kehidupan didalam satu alam yang amat membahagiakan.Bebagai dugaan telah kami tempuhi sepanjang perjalanan perhubungan kami.Setiap kali aku merasai kebahagian yang aku miliki hari ini terlalu indah.Selama empat tahun kami menjalani percintaan dengan ketabahan dan keimanan,,kesetiaan serta percaya mempercayai menjadi tunjang kebahagian kami hingga kejinjang pelamin.
Setiap kali aku melihat fajar sidiq menyinsing pancaranya diufuk timur.seindah kilauan matamu.Setiap kali ia menyinariku.....Setiap kali itu aku laungkan kepadanya agar selalu menyinari aku seperti mana cintaku yang sentiasa bersinar untukmu.Setiap kali itu juga aku berdoa agar kau akan berada disisiku..
